Sen. Sep 16th, 2019

Megazio.com

Berita Hari Ini, Kabar Update dan Terpercaya

Restoran Ini Mencampur Pewarna Tekstil Untuk Makan Yang Dijual

  •  
  •  
  •  
  •  

Sepertinya tidak sah kalau ke restoran tidak memesan makanan atai minuman ?

Tetapi tahukah anda beberapa minuman yang dihidangkan sebenarnya lebih banyak menggunakan pewarna berbanding bahan sebenar?

Pada 19 September yang lalu, dinas Kesihatan Pulau Pinang melakukan beberapa pemeriksaan di restoran-restoran di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan mendapati beberapa pemilik restoran tersebut menyajikan teh yang dibuat dengan serbuk yang telah dicampur dengan bahan pewarna.

Seorang jurumasak maupun juru minuman mengungkapkan makanan dan minuman yang menggunakan bahan pewarna telah memasukkan ke dalam pesaran dan pengguna seharusnya menyedari isu ini.

Tambahnya lagi, beberapa restoran makan secara terang-terangan menghidangkan ‘teh berwarna’ kepada pelanggan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Dalam satu demonstrasi, serbuk ‘teh berwarna’ diletakkan di dalam gelas yang berisi air pada suhu bilik dan sebelum serbuk itu larut, air tersebut sudah bertukar warna.

Selain itu, penggunaan pewarna yang meluas dalam industri makanan boleh mengancam nyawa pengguna kerana label pewarna yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan kelihatan sama yang pasti mengundang kekeliruan.

Bercakap tentang itu, sesiapa yang didapati menggunakan pewarna yang tidak boleh dimakan dalam makanan akan dikenakan denda sebanyak RM10 ribu atau 2 tahun penjara.

Memandangkan teh tarik telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia, berita ini telah mendapat perhatian di media sosial.

Seorang netizen mendedahkan bahawa perbuatan ini telah lama dilakukan oleh sebuah restoran sekurang-kurangnya 10 tahun!

“Saya pernah bekerja sebagai pembekal minuman dan situasi ini telah berjalan bertahun-tahun.

Beberapa restoran Cina juga menggunakan daun teh palsu dan kebanyakkannya itu adalah permintaan pemilik kedai. (‘Teh berwarna’) boleh didapati di kedai mamak dan beberapa restoran Melayu,” kata netizen.

Lantaran daripada itu, netizen menggesa supaya pengguna mengelak daripada memesan air teh semasa makan di luar dan untuk lebih selamat lebih baik pengguna memilih minuman paket atau air botol.

Sumber : World of buzz